English Version | Bahasa Indonesia

Raja Tengku Putri Anis Binti Raja Sazali

Nama : Raja Tengku Putri Anis Binti Raja Sazali

''Takkan Melayu Hilang Di Dunia'' . Begitulah gambaran sekilas mengenai usaha padu yang telah dilaksanakan oleh seluruh sidang redaksi Kerajaannusantara.com . Pertama-tama syabas buat pendiri website ini iaitu salah seorang tokoh budayawan alam melayu nusantara yang patut kita semua sanjungi dan berterima kasih iaitu Datuk Mahyudin Al Mudra kerana berjaya membawa ''berkeping-keping ilmu yang tak ternilai'' buat umat yang berbangsa di seluruh dunia khususnya mengembalikan sejarah dan keagungan kerajaan silam yang rata-ratanya mempunyai ketamadunan tersendiri.

Usaha yang ditampilkan ini bukan semalam bermula tapi tidak akan terhenti untuk esok hari dan selamanya kerana modul dan pengisian yang diberikan amat terang lagi bersuluh, tepat pada terbitnya sang suria(kecerahan ilmu abad 21). Ingin patik kupaskan ,sebagai bangsawan yang terlahir dalam adat dan istiadat orang dulu kala,patik merasakan inilah waktu yang ditunggu-tunggu bagi merealisasikan ''sejarah yang lenyap'' sebagai pautan maruah raja diraja turun temurun dan kita seharusnya tidak menjadi bahan agenda ''petualang warisan'' yang dapat dijual sesuka hati.Patik juga didorong agar mempelajari budaya kuno yang masih tertinggal dimulai dari cara kostum mereka,pertuturan seharian,kuliner,perwatakan baik dari amalan, tradisi mahupun ilmu spritual yang mereka kuasai yang mana orang Melayu moden sudah tidak mengenalnya dan semuanya patik perkirakan berasal dari Indochina yang disebutkan Tanah 'SIAM'.

Menurut patik di kabel ini juga kita dapat membuka kunci rahsia kerajaan Grahi yang hilang kerana apabila kita mengetahui segenap aura grahi,kita akan tahu apa yang pernah berlaku 500 tahun sebelum Masehi.Disebutkan dalam riwayat 500 tahun sebelum Masehi adalah seorang penguasa atau pendiri kerajaan yang bergelar Dapunta Hyang Jayanasa mendarat di Muara Tamwan dengan balatentaranya sebagaimana yang tercatat di prasasti Kedukan Bukit .Dari pembuktian itu kita akan dapat memahami mengapa Valmiki menuliskan nama 'Malayadvipa' (Kepulauan Melayu) dalam Ramayana juga Vyasa dan kompilasi Purana,beratus tahun sebelum kemunculan Gautama Buddha . Apabila semua tahu akan kewujudan itu ,mengapa para rishi menuliskan nama Kepulauan Melayu di dalam kitab-kitab suci mereka?yang jelas kita akan tahu siapakah dia watak misteri 'Maat Heru' (Mata Hari) seperti yang tercantum di dalam The Egyptian Book of The Dead.segalanya akan terkupas di dalam ruangan sejarah ini.Insya-allah patik benar yakin .

Kesimpulannya,jejak peradaban Kerajaan dan Kesultanan Nusantara yang dipaparkan melalui kecanggihan teknologi ini patik perkirakan dapat membuka minda para penyelidik , sejarawan , ahli cendikiawan mahupun bangsawan muda dan kaum kerabat diraja amnya berkumpul dan berkongsi pandangan bahkan membantu menghulurkan sedikit adanya mengikut kemampuan masing-masing bagi membiayai kelancaran sistem sejarah yang bermutu ini. Ibarat kata pepatah 'berat sama dipikul , ringan sama dijinjing. Jika kita bermuafakat , sama-samalah kita mendapat berkat bagi kesejahteraan masyarakat di Bumi tanpa ada persengketaan lagi kerana di ''istana pohon beringin'' ini laluan mudah untuk kita memegang janji , mempersatukan keturunan bangsawan,melahirkan citra dan keunggulan zaman keemasan yang lampau mahupun ke hadapan dalam judul ''kerajaannusantara.com'' . Selamat Maju Jaya dan sekalung tahniah sekali lagi buat sidang redaksi yang terlibat menjayakan kerajaannusantara.com Yang Benar , Raja Tengku Putri Anis (Sri Ratu Saadong Vii) Kelantan , Malaysia


Balasan Komentar

Nama : tata ansorie
Alamat : Jl. Margawati 17 Garut Jawa Barat Indonesia

saya sangat terkesan saat raja tengku putri anis (Sri ratu saandong VII) bekunjung ke padepokan Ki Ajar Padang Garut Jawa Barat Indonesia. saya sempat berbincang cukup lama. perjalanan putri di ke seluruh wilayah nusantara merupakan simbol pemersatu dan mengingatkan kembali akan pentingnya sebuah sejarah.

Berikan Komentar Anda